Alhamdulillah.. hari da masuk minggu ke-3 bulan August. Hari ni just nak tulis entry tentang percutian aku ke Bandung.. Agak menarik tapi disebabkan aku da tertinggal flight, so perancangan aku nak pergi tempat tempat yang sepatutunya aku da list terpaksa dibatalkan. Tapi takperla, at least dapat jugak aku pergi bercuti dan hilangkan stress aku. Lama dah aku plan nak pergi bercuti, tapi terpaksa ditangguhkan sebab aku TERLALU banyak sangat tender yg due date dia dekat dekat T-T...
So sekarang, meh la aku citerkan percutian aku kebandung yang penuh tragis ni.. hahaha..
Patutnya flight aku ke bandung pada hari jumaat pukul 12 tengah hari, naik Malindo Air. Tapi disebabkan ada aral yang melintang, dan ditambah pulak dengan passport aku yang valid cuma 3 bulan, pihak kastam tak izinkan aku belepas. Dengan syahdunya, aku terpaksa beli tiket Air Asia ke Bandung dengan harga RM xxx dan bergegas ke UTC Putrajaya untuk renew passport aku...
Ni dekat luar tempat aku buat passport |
Nasib baik aku bawak kereta pergi airport, kalau tak xtahu macam mana aku nak bawak beg berat berat nek ERL pergi Putrajaya.. adoiihaiii.. Dalam keadaan hujan yang agak lebat tu, terus drive pergi Putrajaya nak renew passport. Disebabkan hari tu hari Jumaat dan aku sampai dalam pukul 1 lebih, aku kena tunggu dia bukak dalam pukul 1445 petang. T-T.. nak meraung aku rasa masa tu. tapi bertahan jela...
Nasib baik proses nak buat passport tu lebih kurang 1 jam jer. RM200 untuk 5 tahun. okla tu..Jimat masa dan duit aku. Kopakla kalau every year nak renew kan..
So, dipendekkan cerita, flight aku malam. Dalam pukul 8 kot kalau tak silap.entah,aku pun lupa.. hehehe... Sampai Bandung dalam pukul 10 malam, pastu terus check in hotel. Owh yer, aku menetap dekat Malaka Hotel. Agak jauh jugak dari Bandar. Dalam 30 minit dari airport. Pastu terus tidooo...
Ni area Malaka Hotel Gambar ni aku ambik masa da check out... |
1. Pasar Baru
Ini destinasi pertama aku. Tempat untuk low and middle class la bagi aku. Alaa, macam korang g wakaf chek yeh (betulke aku eja?) kat Kelantan tu.. Bagi aku harga dia takde la murah sangat.Just nice jer. Tapi yang penting, korang kena pandai nego. Kain ela, telekung, lace, chiffon memang boleh dikatakan agak murah. Memang patutla ramai orang datang ke Pasar Baru ni semata mata nak beli kain untuk buat baju nikah sume... Dekat sini aku ada beli kain pasang sulam 2 helai. 1 kaler hijau, 1 lagi kaler kuning... Aku x ingat berapa tingkat tapi jenuh jugakla berjalan kat dalam tu..
2. Rumah Mode
Tempat ni aku boleh cakap lebih kurang macam JPO la. all branded items kat sini. Harga affordable. Tujuan aku datang sini bukan nak shopping sangat tapi lebih kepada nak amek amek gambar. Redup, tenang... Aku tengok banyak orang orang kaya kat indon datang sini untuk shopping.
3. Paris Pan Java
Tempat ni pulak macam The Curve kalau dekat Malaysia. Tempat ni boleh dikatakan agak besar sampai kaki aku lenguh lenguh nak habiskan pusing tempat ni. Tempat ni cantik tapi 1 jer aku nak komplen. Toilet jauh dan kecik.. huh!! Berebut ok nak buang air...
Penat tu memang penatla. aku balik hotel dalam pukul 11 malam macam tu n terus tidor... tak larat dah nak jalan jalan.
besoknya, sebelum aku check out, aku just pusing pusing area hotel aku. Amek scenery kat kawasan tu. Bagusnya area hotel aku tu, banyak pokok. Memang redup. Tapi tula, banyak sangat kenderaan, so asap disana memang sangat berleluasa la... Sampai naik perit tekak aku...
So, dalam pukul 12 lebih, aku terus gerak ke Airport sebab flight aku dalam pukul 2 petang. tak sanggup aku nak terlepas flight lagi, dala mahal T-T... sampai airport dalam kol 1 lebih terus check in dan masuk terus. Airport dieorang okla, tapi takla secanggih KLIA & KLIA2. At least dieorang ada airport.
Tapi 1 jer aku nak pesan, better korang pergi sane booking tourist guide. Melainkan korang memang nak bag pack je laen citer. Aku konon nak bag pack, tapi at the end, banyak giler kena tipu.. Kawan aku nek limo kener dalam 24,000 rupiah jer. tapi aku nek prebet sapu kena sampai 50,000 rupiah! kuangajor kan?!
Masa nak pergi airport pon sama. Aku bagi 50,000 rupiah, tambang teksi dalam 39,000 rupiah jer, tapi duit belen tak nak pulang..kuangajor sangat okay!!! Tapi takperla, anggap jela sedekah...
enjoy below photo. Aku malas nak susun... hahaha...
Perempuan gemok makan bakso tepi jalan.. sedap jugak.. |
Sorryla atas kemalasan sikap aku untuk mengupdate gambar ikut aturan.. hehehe.. Jumpa dekat next entry..
Buat RAB detail biar ga ada biaya yang terlewat. jasa hitung rab
ReplyDeleteKonsultasi sama ahli buat RAB yang akurat. rab rumah type 36 subsidi