Thursday, 1 October 2015

Impian...


Assalammualaikum ~~~~

Alhamdulillah, tergerak jugak hati aku ni nak update blog setelah sekian lama.. kehkehkeh.. tetiba tergerak hati aku ni nak update blog..

Tapi masalahnya sekarang, aku pun tak tahu nak update apa.. ngeeeee ~~~

 
Perjalanan hidup aku sehari hari macam biasa jela kan. Isnin sampai Jumaat aku pergi kerja. Pastu malam aku da penat, lepas solat and makan sumer aku terus tidur. Mesti korang rasa hidup aku ni membosankan kan? Kahkahkah… nak buat macam mana da memang bosan pun..

 
Tapi takper, hari ni aku bukan nak cerita pasal kerja.. tetiba lak aku dapat idea nak tulis ape.. so mari kita menulis tentang impian kita.. haaa, bab bab berangan ni aku memang sukeerrrrr gileeerrrrrr… sekarang pun aku memang da target apa yang aku nak. So, disebabkan blog ni jugak antara diari hidup aku, aku rasa nak mengabdikan apa impian yang aku nak capai di masa hadapan..

 

No. 1 – Kahwin (2015/2016)

 
Disebabkan mak lang aku dok tanyer jer bila nak kawen, so aku pun menanam impian untuk berumah tangga pada tahun ni (2015) or 2016. Dengan siapa? Aku pun tak tahu nak jawab apa. Sebab sekarang aku tak berkawan dengan sesapa. Aku berdoa supaya Allah bagi aku suami yang kaya, ensem, sebaya ngan aku, bertanggungjawab, penyabar, penyayang, layan aku macam princess dan sentiasa bagi support dalam sumer perkara yang baik.. dasyat kan ciri ciri yang aku nak. Eh? Apa salahnya.. kita berhak tau nak suami yang macam mana.. hahaha.. YA ALLAH, makbulkanlah permintaan hambamu ini.

 

No. 2 – Business (2015)

 

Lately ni aku memang suka sangat buat bisness. Aku memang ada join 1 biz ni tapi belum brape nak pulun lagi sebab…ntah… aku pun tak tahu.. hahaha. Tapi so far, memang aku da dapat income RM 1k+++ la for 1 st month. Jadi aku fikir, kalau aku betul2 fokus kat biz ni, tak mustahil aku boleh dapat lebih lagi. Memang niat aku buat biz ni sebab selain nak menambah pendapatan aku, aku nak tolong apa yang aku boleh untuk family. Gaji yang ada, memang cukup cukup makan jela tapi memang aku bersyukur. At least, takdela sampai kebulur tak makan.. heee…. Nanti aku cerita lebih detail lagi biz apa yang aku buat…

 

No. 3 – Bekerja dengan Sime Darby sebagai Petroleum Engineer (2015)

 
 
Yang ni memang da lama aku idamkan sejak dari dulu lagi. Tak mustahil kan yang Sime Darby akan ceburkan diri dalam bidang Offshore pulak. Disebabkan sekarang aku memang dalam bidang Marine/Offshore, so aku sangat2 berminat nak mendalami ilmu dalam bidang ni. My target aku kerja dekat Sime Darby pada tahun 2015.

 

No. 4 – Debt free (2016)




Yang ni memang aku nak sangat sangatla setelkan sebelum umur aku 30 tahun. Seriously, hutang ni memang tak buat aku tidur lena. Yela, bila lambat bayar siket, mulala hidup kau akan dihantui dengan panggilan telefon dari bank. Semak kan hidup? Kejap kejap bank telefon, kejap kejap bank telefon.. kah sangat!! Ya Allah, kau bantula aku setelkan hutang hutang aku  sebelum umur aku 30 tahun.. Aminnn

 

No. 5 – Tunaikan haji pada umur 30 tahun

 
 
 
Sejak aku balik umrah tahun 2014 hari tu, hati aku memang teringin sangat nak tunaikan haji pada usia yang muda. Bukan apa, masa buat umrah hari tu pun aku agak pancit masa buat saie. Kau bayangkan aku yang muda pancit.. yang tua2 pulak??? Tu baru umrah, belum haji lagi. Haji lagi kau kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Bila aku tengok orang berduyun duyun dijemput jadi tetamu Allah, aku rasa sayu sangat. Bilala gaknyer aku lak nak dijemput kesana. Aku nak pergi buat haji dengan suami aku masa kiteorang muda dan bertenaga lagi. Atleast bila da setel kewajipan yang ni, Insya Allah lega da.. pastu focus kepada rukun islam dan rukun iman yang lain jer.. Ya ALLAH, kau permudahkanla….

 

No. 6 – Saving 1 million a month (starting January 2016)

 
 
 
 
HAHAHA…. Yang ni lagi aku tak tahu how it will happen. Tapi inilah salah 1 daripada impian aku. Nampak agak mustahil kan?? Tapi aku selalu percaya, kalau Allah nak bagi sekejap jer. Aku pernah baca 1 cerita ni pasal seorang muallaf yang teringin sangat nak buat umrah padahal dalam akaun tabung haji dia Cuma ada RM 2 jer. Bila dia tengok dalam akaun dia Cuma ada banyak tu, dia rasa hampa dan agak mustahil dia nak dapat pergi buat umrah. Tapi lepas tu, dia bertawakkal jer pada Allah. Dia cakap, jangan fikir sangat pasal amaun, doa jer. Kalau niat kita baik, Allah pasti tolong. Tak lama lepas tu, ada orang sponsor dia pergi umrah.. amazingkan? Macam aku cakap tadila, Allah nak bagi kejap jer. Jangan tengok or fikir benda lain, fikir tentang yang Allah tu maha berkuasa daripada benda benda lain. Pasti Allah tolong… so, doakan matlamat aku yang ni tercapai ok.. heeee~~~

 

No. 7 – Memiliki rumah sendiri (2016)

 
 
 
Yang ni pun impian aku jugak. Memiliki rumah sendiri adalah impian setiap orang. Tak kisahla rumah kau besar ker, kecik ker, janji rumah sendiri. Atleast Nampak la hasil kau bekerja selama ni. Takderla hidup kau ibarat dok kat takuk yang lamer jer kan. Aku plan nak beli rumah dekat area Seremban dengan Melaka. Plan memang nak beli rumah banglow sebijik untuk long term. Kat situ la nanti tempat aku nak beranak pinak.. hee~~~~

 
 
Lagi 1 aku punyer plan, aku nak buat rumah kos rendah. 1 rumah aku nak cas dalam RM 400 / month termasuk api air. Aku nak tolong orang orang yang susah or baru kawen ni dapat tempat tinggal. Ni memang salah satu impian akula. Sebab aku tengok ramai orang yang susah ni x der tempat tinggal. Kalau ada pun, banyak yang cekik darah. Insya Allah, doakan semoga impian aku tercapai k..

 

No. 8 – Memiliki pusat tahfiz sendiri (2020)

 
 
Nampak agak mustahil tapi aku serahkan pada Allah untuk realisasikan. Moga benda ni menjadi saham akhirat untuk akula. Amal dala siket, so ni salah satu cara aku nak bawak bekal kesana nanti. Semoga Allah permudahkan…

 

 

 
 
 
 
So far, ni jela yang aku nak capai. Kalau ada lagi aku add on jer.. sebab masa aku pergi seminar Dr. Azizan dulu, dia ada cakap, ramai orang yang Berjaya tulis impian dieorang tapi ramai jugak orang yang tak Berjaya sebab tak tulis apa yang dieorang nak.. senang kan? Tulis jer apa yang korang nak. Jangan takut bermimpi sebab takde sapa nak marah kau…

 

Till next post… salam…

No comments:

Post a Comment